Monday, August 20, 2007

Pertahankan HAK KITA.!

Sejauh manakah kekuatan kita untuk menangkis desakkan parti-parti komponen dan juga bangsa yang lain selain MELAYU.

Orang melayu semakin hari semaki di desak dan diuji tentang kepahaman Kontrak sosial dan juga ketuanan orang Melayu. Semangat DEB dan lain-lain dasar yang melibatkan tentang ketuanan Melayu di bumi Malaysia ini di belasah dengan cukup kuat, ini kerana Presiden MCA juga bersengkonkol untuk menguji kepahama pemimpin-pemimpin Melayu.

Terbaru, Ong Ka Ting mendesak agar Tender kerajaan dibuka seluas-luasnya kepada rakyat Malaysia tidak mengira kaum. Desakkan ini amat kuat kerana ianya di buat oleh Presiden MCA itu sendiri. Adakah beliau masih tidak paham atau tidak mahu paham erti semangat DEB ataupun konsep 30% yang sepatutnya diperolehi oleh kaum Bumiputera(MELAYU).

Inilah yang amat merisaukan kita orang melayu pada hari ini. Saya suka mengingkatkan para pemimpin kita agar berfikir dan kuatkan semangat untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu. Kepercayaan yang kami telah berikan perlu digunakan dengan semangat kemelayuan yang jitu dan bijak.

Saya mengucapkan syabas kepada Datuk Sharir kerana mengulas dengan bijak dan juga memperingatkan kembali kepada yang tidak paham. Datuk Sharrir menyatakan walaupun syarikat-syarikat Bumiputera diberi kelebihan untuk memperolehi tender-tender kerajaan, namum syarikat bukan Bumiputera tidak lari dari memperolehi faedah daripadanya. Kontraktor Bumiputera tetap memerlukan syarikat-syarikat bukan Bumiputera khususnya syarikat milik orang cina kerana bahan-bahan binaan dan teknikal masih lagi dimonopoli oleh mereka.

Dengan kenyataan ini, saya boleh mengatakan Ong Ka Ting tidak paham dan tidak mahu untuk berkongsi dengan Orang Melayu. Beliau berbicara tentang segelintir orang cina yang tidak senang dan kaya, tetapi suka diingatkan, jika semua orang cina kaya dan senang, maka orang melayu nak jadi apa. Kuli di negara sendiri!.

Orang Melayu masih lagi banyak yang mengemis dinegara sendiri, dan semangat DEB perlu dibawa hingga Negara kita mencapai apa yang dirancang dan dipersetujui oleh semua kaum.

Sebelum ini hanya Bahagian-bahagian MCA yang membicarakan tentang hal ini, tetapi pada hari ini ianya dibicarakan oleh Presidenya. Pikirkan lah.

Menurut YB Razali Ketua Pemuda UMNO Johor, "Kerajaan sudah berlaku adil.. saya menyifatkan permintaan Presiden MCA itu sebagai tidak kene pada masanya apatah lagi ketika negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50 pada 31 Ogos ini" Menurut YB Razali, hak persamaan tidak boleh dilihat dari sudut ekonomi semata-mata. Tuntutan hak persamaan perlu dilihat dalam konteks persefahaman dalam pembanggunan masyarakat.

Ramai lagi pemimpin-pemimpin yang memberi komen tentang hal ini. Tetapi, tidak seorang pun mendesak Presiden MCA untuk membuat kenyataan untuk menjelaskan apa yang tersurat dan tersirat didalam ucapan beliau.

Sekian.

Thursday, August 9, 2007

Kemanakah hormat mereka tehadap Bangsa Melayu!

Amat kecewa dengan peranan Rakyat Malaysia yang tidak perihatin dengan semangat kebangsaan. Oleh kerana tidak paham dengan erti sejarah dan juga tidak paham erti pengorbanan orang-orang Melayu, mereka sudah tidak lagi peduli. Hujah-hujah yang dikeluarkan hanya mengikut akal pikiran dan tidak memikirkan siapa mereka dan bumi mana yang mereka duduki.


Perihal tentang Agama islam, Bahasa Melayu, K erakyatan, dan Pendidikan diperkatakan dengan lantang oleh orang-orang yang tidak kenal erti cukup. Mereka terus-menerus mendesak. Siapakah yang dibelakang mereka ini dan kenapakah mereka ini amat berani mempersoalkan perkara-perkara ini.


Pemimpin-pemimpin kita perlu celik sejarah. Saya suka berkongsi dengan saudara tentang sebuah arkikel yang telah ditulis pada tahun 1986 yang mana artikel ini ditulis tentang MCA Selangor yang kurang ajar mempersoalkan tentang Pribumi.

Sila renungkan artikel ini yang mana ianya telah ditulis pada 7 November 1986.

SAYA, Raja Mohd. Yusof bin Raja Othman adalah dengan ini mengemukakan pendapat peribadi terhadap isu peribumi yang dibangkitkan oleh MCA Selangor dikonvensyennya pada Ahad 2.11.1086 iaitu menolak kewujudan peribumi di Negara ini.

Ekoran dari ketetapan itu maka banyaklah bantahan khususnya dari tokoh-tokoh politik UMNO, Pertubuhan, Kesatuan dan orang perseorangan termasuk Rencana Pengarang Akhbar, sebagai reaksi sebagai menuduh MCA Selangor dangkal dengan Sejarah, menghina Raja-Raja, Politik murahan dan sebagainya, disamping itu memberi ulasan-ulasan ilmiah berasaskan fakta sejarah untuk menangkis rumusan ketetepan MCA Selangor itu.

Saya bukanlah Ahli Politik jauh sekali sebagai tokoh dari apa segi pun, hanya sekadar seorang Melayu jati yang mempunyai asas yang tidak boleh dipersoal atau dipertikaikan kesahihan saya sebagai bangsa Melayu jati ditanah airnya sendiri yang bernama Tanah Melayu.

Sebagai Melayu yang mempunyai fakta sejarah sendiri yang sudah dirakamkan sebagai Sejarah Negara Malaysia, saya memang tersingung dan rasa terhina oleh MCA Selangor ini, tetapi sebaliknya pula saya sebagai Melayu Jati telah lebih dahulu menjadi mangsa dan korban oleh bangsa Melayu itu sendiri kerana dihina malah dicabuli dan diberikan kepada pendatang luar sempadan budaya Nusantara yang disokong oleh Bangsa Melayu itu sendiri.

Sebagaimana hujah-hujah dari mereka (Melayu) terhadap ketetepatan MCA Selangor ini dengan menggunakan bahan-bahan sejarah yang berasaskan sama yang saya miliki tetapi asas ini hanya dipergunakan dan dibuat rujukan sebagai alat untuk menangkis MCA Selangor atau kepada mereka yang bukan Melayu.Sedangkan apakala satu-satu ketetapan itu datang dari Melayu untuk kepentingan peribadi atau golongan mereka mungkin lain ceritanya. Ini terbukti dan dapat dilihat dari tindak-tanduk orang Melayu apabila isu pindaan Perlembangaan yang membabitkan kuasa Raja-Raja dipertikaikan sedikit masa dahulu.

Walaupun ketetapan MCA Selangor ini adalah satu tamparan hebat kepada Bangsa Melayu jati tetapi bagi saya ia adalah satu rahmat dah hikmat Allah s.w.t dan kita bangsa Melayu hendaklah jangan lekas melatah dan melompat menghujah kebenaran kewujudan kita tetapi apakah sebab dan puncanya maka MCA Selangor itu sanggup mempertikaikan kewujudan bangsa Melayu sebagai pribumi dinegara ini sekarang?

Di segi percaturan politik ada kebenaranya MCA Selangor menonjolkan isu ini untuk kepentingan politik MCA, tetapi kita harus sedar disegi realiti sekarang ini kewujudan pemimpin-pemimpin melayu yang memegang kuasa politik., ekonomi dan sebagainya dapat dilihat dari fizikal keperibadian mereka banyak terkeluar dari sifat semula jadi bangsa Melayu yang sejati. Malah sifat mereka mencerminkan ciri-ciri yang bertentangan dengan sifat-sifat Melayu jati seperti watak, tuturbahasa, tatasusila, adab- sopan, adap-resam, budaya dan cara pergaulan.

Saya percaya “KEPADA YANG BERKENAAN” yang lebih arif disetiap sedut daripada saya supaya meneliti dengan cermat, ikhlas dan jujur adakah kesilapan dan kecuaian kita sendiri yang membuatkan MCA Selangor mendapat inspirasi untuk membolehkan mereka mempersoalkan dan mempertikaikan hak asasi kita sebagai bangsa peribumi? Sebab hak saya sendiri yang bertepatan dengan hujah-hujah mereka (Melayu) melalui akhbar itu diketepikan malah menjadi mangsa korban iaitu tidak mendapat apa-apa hak istimewa dibandingkan dengan orang-orang Melayu yang menindas dan menyelewang.

Saya bersedia membuktikan sekiranya ada pihak yang menganggap apa yang saya perkatakan diatas tidak mungkin terjadi. Sebenarnya memang banyak perkara yang saya hendak perkatakan, khususnya takrif bangsa melayu sebagai pribumi yang sangat longar pengertianya, kerana kelongaran inilah maka ramai orang yang asal usulnya diragui mengaku dan diterima sebagai bangsa Melayu untuk muslihat kepentingan peribadi. Jika kita lihat dengan teliti kita dapati bangsa Melayu kini boleh dikategorikan kerada :-

· Melayu asli/Jati

· Melayu kacukan

· Melayu celup/palsu

Dari Kategori ini, marilah kita sama-sama nilai dan mengenalpasti iaitu di kategori manakah kita berada? Apabila kita sudah pasti, bolehlah kita bertanya adakah ketepatan MCA Selangor itu logik? Jawablah dengan jujur dan ikhlas walaupun kebenaran itu kenyataanya pahit.

Sekian , Terima Kasih.