Perihal tentang Agama islam, Bahasa Melayu, K erakyatan, dan Pendidikan diperkatakan dengan lantang oleh orang-orang yang tidak kenal erti cukup. Mereka terus-menerus mendesak. Siapakah yang dibelakang mereka ini dan kenapakah mereka ini amat berani mempersoalkan perkara-perkara ini.
Pemimpin-pemimpin kita perlu celik sejarah. Saya suka berkongsi dengan saudara tentang sebuah arkikel yang telah ditulis pada tahun 1986 yang mana artikel ini ditulis tentang MCA Selangor yang kurang ajar mempersoalkan tentang Pribumi.
Sila renungkan artikel ini yang mana ianya telah ditulis pada 7 November 1986.
SAYA, Raja Mohd. Yusof bin Raja Othman adalah dengan ini mengemukakan pendapat peribadi terhadap isu peribumi yang dibangkitkan oleh MCA Selangor dikonvensyennya pada Ahad 2.11.1086 iaitu menolak kewujudan peribumi di Negara ini.
Ekoran dari ketetapan itu maka banyaklah bantahan khususnya dari tokoh-tokoh politik UMNO, Pertubuhan, Kesatuan dan orang perseorangan termasuk Rencana Pengarang Akhbar, sebagai reaksi sebagai menuduh MCA Selangor dangkal dengan Sejarah, menghina Raja-Raja, Politik murahan dan sebagainya, disamping itu memberi ulasan-ulasan ilmiah berasaskan fakta sejarah untuk menangkis rumusan ketetepan MCA Selangor itu.
Saya bukanlah Ahli Politik jauh sekali sebagai tokoh dari apa segi pun, hanya sekadar seorang Melayu jati yang mempunyai asas yang tidak boleh dipersoal atau dipertikaikan kesahihan saya sebagai bangsa Melayu jati ditanah airnya sendiri yang bernama Tanah Melayu.
Sebagai Melayu yang mempunyai fakta sejarah sendiri yang sudah dirakamkan sebagai Sejarah Negara Malaysia, saya memang tersingung dan rasa terhina oleh MCA Selangor ini, tetapi sebaliknya pula saya sebagai Melayu Jati telah lebih dahulu menjadi mangsa dan korban oleh bangsa Melayu itu sendiri kerana dihina malah dicabuli dan diberikan kepada pendatang luar sempadan budaya Nusantara yang disokong oleh Bangsa Melayu itu sendiri.
Sebagaimana hujah-hujah dari mereka (Melayu) terhadap ketetepatan MCA Selangor ini dengan menggunakan bahan-bahan sejarah yang berasaskan sama yang saya miliki tetapi asas ini hanya dipergunakan dan dibuat rujukan sebagai alat untuk menangkis MCA Selangor atau kepada mereka yang bukan Melayu.Sedangkan apakala satu-satu ketetapan itu datang dari Melayu untuk kepentingan peribadi atau golongan mereka mungkin lain ceritanya. Ini terbukti dan dapat dilihat dari tindak-tanduk orang Melayu apabila isu pindaan Perlembangaan yang membabitkan kuasa Raja-Raja dipertikaikan sedikit masa dahulu.
Walaupun ketetapan MCA Selangor ini adalah satu tamparan hebat kepada Bangsa Melayu jati tetapi bagi saya ia adalah satu rahmat dah hikmat Allah s.w.t dan kita bangsa Melayu hendaklah jangan lekas melatah dan melompat menghujah kebenaran kewujudan kita tetapi apakah sebab dan puncanya maka MCA Selangor itu sanggup mempertikaikan kewujudan bangsa Melayu sebagai pribumi dinegara ini sekarang?
Di segi percaturan politik ada kebenaranya MCA Selangor menonjolkan isu ini untuk kepentingan politik MCA, tetapi kita harus sedar disegi realiti sekarang ini kewujudan pemimpin-pemimpin melayu yang memegang kuasa politik., ekonomi dan sebagainya dapat dilihat dari fizikal keperibadian mereka banyak terkeluar dari sifat semula jadi bangsa Melayu yang sejati. Malah sifat mereka mencerminkan ciri-ciri yang bertentangan dengan sifat-sifat Melayu jati seperti watak, tuturbahasa, tatasusila, adab- sopan, adap-resam, budaya dan cara pergaulan.
Saya percaya “KEPADA YANG BERKENAAN” yang lebih arif disetiap sedut daripada saya supaya meneliti dengan cermat, ikhlas dan jujur adakah kesilapan dan kecuaian kita sendiri yang membuatkan MCA Selangor mendapat inspirasi untuk membolehkan mereka mempersoalkan dan mempertikaikan hak asasi kita sebagai bangsa peribumi? Sebab hak saya sendiri yang bertepatan dengan hujah-hujah mereka (Melayu) melalui akhbar itu diketepikan malah menjadi mangsa korban iaitu tidak mendapat apa-apa hak istimewa dibandingkan dengan orang-orang Melayu yang menindas dan menyelewang.
Saya bersedia membuktikan sekiranya ada pihak yang menganggap apa yang saya perkatakan diatas tidak mungkin terjadi. Sebenarnya memang banyak perkara yang saya hendak perkatakan, khususnya takrif bangsa melayu sebagai pribumi yang sangat longar pengertianya, kerana kelongaran inilah maka ramai orang yang asal usulnya diragui mengaku dan diterima sebagai bangsa Melayu untuk muslihat kepentingan peribadi. Jika kita lihat dengan teliti kita dapati bangsa Melayu kini boleh dikategorikan kerada :-
· Melayu asli/Jati
· Melayu kacukan
· Melayu celup/palsu
Dari Kategori ini, marilah kita sama-sama nilai dan mengenalpasti iaitu di kategori manakah kita berada? Apabila kita sudah pasti, bolehlah kita bertanya adakah ketepatan MCA Selangor itu logik? Jawablah dengan jujur dan ikhlas walaupun kebenaran itu kenyataanya pahit.
Sekian , Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment