Apakah yang dimaksudkan oleh pemimpin mereka :
‘‘Kami telah hidup dengan baik dan bekerjasama erat dengan orang Melayu bukan setakat 50 tahun lalu tetapi sejak 200 tahun dahulu. ‘Kami tidak bermusuh dengan orang Melayu kerana mereka banyak membantu. Hindraf hanya memusuhi UMNO,” peguam mewakili Hindraf, P. Uthayakumar
Kenyataan ini adalah kenyataan memecah belahkan orang-orang Melayu, sudah tentunya kenyataan ini berkait rapat dengan parti politik yang ingin memecahkan kekuatan orang-orang Melayu dan seterusnya melihat orang Melayu tidak lagi berkuasa di Malaysia.
Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? Adakah kita akan melihat sahaja kumpulan yang tidak bertanggunjawab ini memecahkan bangsa kita. Adakah kita buat tak tahu sahaja dengan tindakan mereka di Negara kita.
Sudah masanya orang -orang Melayu mengambil tindakkan dengan kenyataan ini. Perdana Menteri kita orang UMNO, Menteri-menteri kita orang UMNO. Jadi perlukah kita menangani isu ini dengan kelembutan? Sudah masanya kita menggunakan tindakkan ISA kepada semua pemimpin HINDRAF.
Orang-orang Melayu sudah lama tidak menggunakan atau menunjukkan kekuatan. Jangan sampai suatu hari nanti kita hilang kekuasaan kita diNegara kita kerana takut menggunakan kekuasaan yang kita ada sekarang. Kita sudah lama dipersendakan oleh kumpulan-kumpulan yang tidak bertanggunjawab, tahun ini sahaja telah banyak demontrasi dilakukan kerana kita tidak menggunakan kekuasaan kita.
Tidak salah dan tidak bersalah kita kepada mereka jika itu yang mereka yang inginkan, tidak perlu ditakuti dan tidak perlu takut jika kita mengambil tindakan demi melihat keamanan di Negera kita.
Tindakan kita adalah untuk bangsa kita, dan kita perlu menyemarakkan semula Semangat bangsa Melayu kerana ianya sudah lama hilang dengan cara kita yang lembut dan bertolak ansur.
Bangsa lain perlu ingat dan perlu sedar dan perlu jujur dengan kenyataan ini, apapun tindakkan kita, ianya adalah berlandaskan Rukun dan Perlembagaan Negara.
Bangkit Bangsa Ku.. Pertahankan Hak Kita di Negara Kita, Jika Bangsa lain boleh membuat kenyataan terbuka, kenapa kita TIDAK!
No comments:
Post a Comment